Menitis Tanpa Bicara , Membasahi Pipi

Tanpa sedar, Jatuh bercucuran air mata dipipi, mengenangkan hantaran AmanahMu , Amanah yang mungkin tidak dipenuhi dengan sebaiknya , Walau dalam hati hanya Tuhan yang tahu , meronta , bagaikan dirasuk tanpa berfikir , meraung tanpa suara , Air mata sebagai ganti , menyaksikan kerinduan kepada mereka . Amanah yang diberikan seperti diabaikan tanpa peduli , dipersalahkan walaupun kaki hanya melangkah longlai , ingin mendekatkan diri , tetapi halangan sebuah dinding sebagai penghalang , Tetap masih menjadi penghalang untuk pertemuan mereka , Pertemuan yang amat diharapkan , yang mungkin juga diharapkan oleh mereka . Tetapi dihalang oleh kerakusan dan ke Egoan insan yang bernama manusia . Makhluk yang terlalu indah diciptakan olehNya , menjadi seburuk – buruk makhluk , yang hanya ada pada mereka , hanya mungkin sedikit atau hanya setitik titik hitam dihanti , menjadikan mereka lupa akan segalanya , Melupakan akan tentang kebaikan , Tetapi dihidupkan dengan kebencian , Dendam , Tomahan yang dijadikan sebagai amalan meneruskan kehidupan mereka hari ini .

Entah Esok atau Lusa , Janji Allah yang kita tidak pernah pasti , Si penanti tidak pernah menginginkan hal demikian seperti mana yang telah terjadi , Hanya mengangkat kedua belah tangan , tangan yang dahulunya gagah untuk mempertahankan mereka , tangan yang dahulu menyuapkan mereka sedikit santapan untuk meneruskan AmanahMu , kini di cincang , di herdik , dihina , malah ditempelakkan saat tangan itu ingin merasai , Merasai aliran cinta , kasih dan sayang , dari tangan mereka yang lebih kecil , dilepaskan oleh mereka yang sentiasa hanya menyalahkan isan lain . Adakah mereka tidak pernah meredhai akan kepincangan yang telah diaturkan , atau mungkin ini hasil dari seni yang dilukiskan mereka , Lukisan mereka yang dicorakkan tanpa sekatan , hanya mengilhamkan sebuah lakaran mengikut kehendak mereka sendiri , Semoga mereka sentiasa berada di dalam lindunganNya , semoga mereka dan Aku Akan merasai kelak , Akan menyaksikan disaat itu tiada siapa yang mampu menahan , Hanya air mata yang akan menjadi saksi , Sekirannya ia di tayangkan untuk bersama-sama menyaksikan dan meratapi serta dikala itu , Tiada lagi insan yang dikasihi , disayangi dan dicintai , dipisahkan kerana aturan Ilahi yang penuh rahsia , Hikmah dan bagi menyedarkan mereka yang masih mencari-cari , Sebuah kisah cinta , Cinta yang Abadi .

Wassalam…..

1103pm (10 Safar 1441H bersamaan 10 Oktober 2019) Nukilan Theme khairushahronanifar

Kisah Antara Kau Dia dan Aku

Sudah lama berlalu , usah kau ungkit lagi , usah kau kenangkan kembali , biarkan ia berlalu dan menjadi kenangan antara kau dan aku , hanya keresahan yang sering menjadi igauanmu , berlalulah seperti mana aku melaluinya , seperti mana aku menghadapinya.

September 13 , sudah 2 musim berlalu , walaupun pahit untuk ditelan , walaupun berlinangan air mata dipipi mengharapkan sedikit kemaafan , namun ketidak pedulian itu menjadi pengajaran dalam hidupku , Aku lepaskan kau pergi , untuk engkau mencari kebahagiaan yang kau inginkan .

mungkin suatu hari nnti , engkau sendiri akan menjadi seorang yang memahami , seorang yang berpegang pada janji dah ikrar diri sendiri.

Aku hanya mampu mendoakan mu , insyAllah apa yang kau inginkan akan menjadi milikmu , berhentilah menoleh , berhentilah menangis , redhakan ia seperti mana aku meredhainya , seperti mana aku menghalalkannya , seperti mana hati kecil ini hancur menjadi debu yang berterbangan , bayangannya yang tidak dapat tidak hanya tiada , hancur sekecil zarah-zarah yang berterbangan bersama dengan kenangan yang telah lama pergi dalam seketul hati seorang Insan yang sangat Menyintaimu .

Insan yang pernah suatu masa dahulu , 9 tahun lamanya , kau susun di susunan paling atas insan ini , untuk menjadi imam kepada kehidupan , akhirnya engkau sendiri yang tewas , tewas dengan sebuah cerita rekaan dan fitnah , kebarangkalian itu adalah cerita kehidupan akhir zaman , Aturan tuhan yang tak mampu insan ini yang bernama manusia menepis tetapi hanya menebus , walau untuk sesaat , cintanya tidak pernah hilang .

Berlalu tanpa di perhatikan oleh mu 756 hari , 14 jam 15 minit saat itu sudah berlalu , mengalir jernih air mata dipipimu , genggaman salam terakhir dari mu , hanya kedengaran disebabkan memerhati pergerakan bibirmu. “ Maafakan aku.” ucapan terakhir kau lafazkan sebagai ucapan cinta , yang pasti aku tidak bisa lagi melihat dr bibirmu.

Kerana masa itu , Masa yang telah berlalu , berlalu pergi jauh dari sudut kecil hatiku , yang sebenarnya tidak pernah mengizinkan kepergian itu , cuma hanya disorokkan , dikunci rapat , hanya mengaharapkan ketentuanNya , Sebuah cinta abadi , Ianya disimpan dan digenggam diletakkan di sudut hati yang paling dalam .

Genggamkan erat seperti mana suatu masa dulu , engkau sendiri yang tidak pasti akan melepaskannya , menjadikan genggaman itu satu pentunjuk , petunjuk yang suci , yang pasti akan diredhaiNya , tapi ianya musnah , Hanya sekelip mata , musnah tanpa berusaha untuk diperbaiki , dengan hanya membiarkan , dengan hanya titisan air mata janji , di saksikan sebuah perjalanan , perjalanan yang mungkin takkan lagi dilewati dan hanya yang cukup pasti , itulah perjalanan terakhir sebagai kenangannya .

Malah seketul hati , dibiarkan di suatu sudut yang tiada kepastian , yang hanya ada “seketul keegoan” yang menjadi penyebab , penyebab yang diaturkan yang Maha kuasa , dengan sepenuh keizinannya , Jika hari ini bukan hari semalam , aku pasti sepastinya ianya sudah lama pergi , pergi takkan mungkin , akan kembali .

Pasti akan ku tunggu , bersama menunggu , dengan insan yang kita sama cintai , kita sama sayangi , dari segumpal darah ia dijadikan , tapi sayang hanya tidak pernah mengenali alam kehidupan , berkorban demi dua insan yang disayangi , untuk pergi terlebih dahulu .

Menunggu akan kekasih hatinya , menunggu cinta hatinya , mengharapkan kehadiran dua insan ini , bukan hanya menjengah , tetapi ingin dirinya memimpin kedua tangan insan ini , menuju kebahagian , kebahagian yang tidak pernah ada didunia , Ianya pasti kebahagian dunia dan Akhirat .

Pergilah sayang , Anak syurga Ayah dan Ibu , Tanpa pernah menyedari akan mengalir air mata jernih dipipi dua insan yang sentiasa mengukir sebuah senyuman , Alhamdullilah yang nyata redha dengan kepergianmu . Hari silih berganti , Peredaran masa tanpa boleh dihentikan berganti masa yang bersisa.

“Patah tumbuh hilang berganti.” itu yang selalu diucapkan dan didengari , Ianya benar hadirnya Dua insan digantikan , dengan seorang bidadari yang tidak pernah dua insan melupainya , Digantikan serta Diberikan “Amanah.” . Di Amanhkan untuk mengantikan keresahan , kesedihan dua insan , Walaupun telah redha akan kepergian insan yang disayangi , di tanda sebagai sebutan , Sebutan yang pasti dua insan ini akan sentiasa mengharap untuk memimpin insan yang di sebut namanya , Namanya yang tidak akan pernah dilupakan , Malah sentiasa di ingati .

Tidak Pernah dilupakan walau seketika , kerana ianya pasti bukan untuk dilupakan , Malah ianya diberikan untuk tidak pernah dilupakan , sebuah sejarah kewujudan diantar kedua bukit , berjalan kekadang berlari – lari anak , Namamu tidak pernah dilupakan malah ianya menjadi sebab.

Sebab untuk kami tidak akan pernah melupakan mu , Ianya di berikan berkaitan dengan kedua bukit , diantara Bukit Safar dan Bukit Maruah , insan yang berjalan itu , hanya mengharapkan sedikit air untuk anak kesayangannya Ismail a.s , yang dalam kehausan , Pengorbanan seorang ibu tiada galang gantinya.

Nama si ibu menjadi pilihan , sebagai menandakan , sebab terutama supaya kedua insan ini tidak pernah akan melupakan , “Siti Hajar” sebagai tanda , Tanda nama anak ayah dan ibu , telah pulang dijemput ilahi , tanpa mengenali kehidupan dan kerakusan duniawi , insyaAllah pasti akan bertemu Anak syurgaku .

Anak syurga , yang kini kedua insan ini hanya mampu tersenyum , sambil mengesat air mata dipipi yang mengalir disaat ini tanpa disedari membasahi pipi , Terdetik dihati mengharapkan anak syurga ini , memimpin kedua insan ini menuju kebahagian , kebahagian yang tidak pasti boleh menandingi , kebahagian dunia , yang pasti itu kebahagian di syurga .

Hanya anak kecil ini , yang diharapkan , Anak-anak yang soleh dan solehah yang lain yang akan memimpin kedua tangan insan ini , Yang pastinya seorang anak kecil yang pergi tidak kembali , mewarisi ketunggalan dalam kehidupan kedua insan ini tempohari , yang hanya menunggu kehadiran dua insan ini di pintu syurga .

Wallahualam

Oleh : Khairuhahron Anifar

#theme

Saat Engkau Akan Pergi

Bismillah hir rah man nir rahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang

berdagang seorang diri di dalam kubur ini.

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr.

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur “

masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw . “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”

Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.”

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

”Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud:

“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”

Kredit Too Wan Jaafar

Wekipidia

“Mohon dihalalkan perkongsian ini wahai sahabat.”

dari sahabatmu ;

khairushahron anifar #theme

Kito Tok Napok Kade-kade Tuhan Nak Tegur Kito

Takdi maso masuk waktu “Isyak.” Ambo gie “Masjid.” (Selepah ni Ambo gati denge “Sejid.”) Jadinyo beraso nok gie Sejid jale kaki . Umoh Ambo nge Sejid nih dekat jah . Kalu Tok Bila “Azan“ gak , supo mari laung ditelingo doh sound “Azan” tuh . Nok royaknya wi adik kakok hok baco nih bulih koya setaro mano dekaknyo Sejid denge umoh Ambo . Alah gie tu ambo sajo jale cepak sikit . Sebaknyo ambo takot de ore “Iqamah.” Sapa di kawase Sejid ambo pakar jale stright gie alahko tepak amik air “Sembahyang.” Ambo perase dari jauh lagi , palo paik tepat amik air “Sembahyang” tu ado hok jenih palo paik plastic nge palo paik besi , Ambo tuju ko alah hok palo paik besi , cekak pulah tok degih ketak palo paik hok besi tu . Dale palo ambo mari telitah “De nyo pulah ko hok ore sebelung ambo mari nih.” Dale maso telitah tu , mari pulok telitah di hati ambo , “Oloh bakpo aku gie telitah gitu , padahal aku tok tahu sapo hok bukak sebelung aku mari sakni.” Ambo “Istigfar” sebak ambo beraso bersaloh gi mikir gitu . Nok royaknya dale keadae ado air “Sembahyang” hok ambo amik dumah sebelung ambo turung maghi Sejid sakni . “Syaitan“ duk kosek jugok wi maknusio nih mikir kok sir . Ado jugok ore tok pehe mikir kok sir nih napok bekeruk dahi gini ambo oyatlah “Buruk Sangka.” Padahal kito dale “Islam” nih maroh benar tok leh nok mikir koksir nih.

“Ambo sebenarnyo , Nok nulih ni malah habis cekak , Cumo ambo niat gapo hok ambo tulih nih , bulih buwi peringate ko adik kakok hok duk baca nih , jange duk sengih sore baca nih.”

Jadinyo sebelung balik ko cerito semula . Kito nih adik kakok dalam kehidupe kita sebagai ore “Islam” nih keno pakat peringak sebak kito nih sesamo “Islam” hok nyato umat “Nabi Muhammad saw.” Jadi kena pakat-pakat peringak sokmo sesamo kito takut jadi lalai . Sebak gapo ambo kato lalai tu adik kakok .? Sebaknyo “Buruk Sangka” nilah punco hok jadinyo maknusio sesamo maknusia nih duk “Ngupak , Fitnah dan Aib.”

Mulo-mulanya “Ngupak.” Nih bare nih , nok oyat caro hal ore , kecek hok betul nih pasal ore tuh wi pehe molek dio panggil “Ngupak”

Keduonya “Fitnah.” Nih ore kecek hal ore lain , ore hok kecek hal ore lain tu gie tamboh , hok ada jadi tak dok , hok tak dok jadi ada dale cerita tu , nak wi sedak jah cerita mako dio di panggil “Fitnah.”

Ketigonyo “Aib” Bila ore “Ngupak” sakni capur denge “Fitnah” secaro automatik dio ake Aibkan , Ore hok Ore lain “Ngupak” dan “Fitnah” tu supo ambo oyat daktas tulah.

Tigo karo ni la hok kita takuk dale hiduk kita nih , Bare-bare hok ambo sebuk sakni nih , Tapi puco dio nih lah puco nok jadi asbab Tigo karo besar tu sebabnyo “Buruk Sangka” Puco dio mari sini belako , kito jadi punoh habih “Akidah & Jalan Hidup.”

Allah royak doh nih dalam Quran :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” [Al-Hujurat : 12]

Nyato tuh dale quran sebut isi dio tuh jelah , Peretoh Tuhan , suruh jauh dari “Buruk Sangka.” Atau jelas lagi “Berprasangka Buruk.” bakpo ? Sebak doso , doso nih buke pahalo adik kakok , kito nok ko pahalo buke nok ko doso , tok tahulah takut adik kakok tok kenal doso pahalo . Kalu otok kito comey hati kito bersih molek gak , tok jadi nih bendo-bendo hok Tuhan tok sir dale hidup kito , situ duduk dulu . Sebak bare-bare ginih dio mari denge tok kabar adik kakok kade-kade tu , kesnyo kito tu lalai .

Kito maknusia nih keno comey baiki sokmo kehidupe kito nih . Panje lagi cerito nih adik kakok ambo nok cerita , Tapi takpolah panje pun ambo tulis jugok , tugah adik kakok baca , takpo bulih “Pahala“ , InsyaAllah muga cerito hok molek , Tapi kalu ada hok adik kakok baca nih , tibo-tibo mari telitas “Aii hok tulis nok sindir ko aku ko nih , tulis lagu nih.” Maka nyato adik kakok hok mikir gitu ada nyakit “Buruk Sangka” nih . Tok lain tok buke kena uboh la adik kakok , lagu mano nok uboh tu , kena supo kita oyat sakni “Perbaikan Amalan kita.” Contoh gak kalu sembahyang gak keno amik air semaye wi comey teliti ore kato tertib situ duduk dulu . InsyaAllah kalu kito duk bekki sokmo amale kito , Akhlak kito caro hidup kito , Denge izin Allah cerak nih de semuonya molek , Hati kito “A” selaluh .

“ Jadi ambo sambung smula cerito hok tegatung sakni buke gapo nok pakat peringak sesamo kito , jadi kita selik-selik gitulah ore kato buke cerito sajo , tapi dale cerito tuh ado ilmu de jugok kebaike hok kito bulih .

Doh pulah tok degih hok palo besi sakni ambo gie kat palo plastic , ambo pulah main-main begitu jah adik kakok wey paka cuuu tubik air , Ambo holo kaki kane ambo , lepas beraso rato ambo olo pulok kaki kiri , Ambonyo air semaye doh , tapi pesen ambo jenis sapa masjid basuh kaki baru baru naik masjid , wala ambo gie sejid denge keto pun meme peel ambo ake basuh kaki , sebelum naik masjid . Maso duk ralik olo kaki kiri bowoh air hok ngalir sakni tu , marilah pok cik umo lebih kure 60 ko 65 tahun lah ambo agok , Bahasa baku kato “Terpegung” baso Klate kito gak hok jelah selalu nok wi pehe gak “Kejuk Bewok” ambo kelih muko dio , YaAllah tuhe jah tahu , Muko pok cik ni supo lapu hok paling tere duk suluh di muko pok cik nih . Ore kato cahayo keimanan di muko dio , jernih telajok air muko pok cik nih , muko ala-ala bargha arab tok arab gitu , dio perase ambo kelih dio , Ambo hangguk palo supo pokko hangguk biar dio pehe ambo tegor dio , ore kato bahaso isyarak , biarlah supo pokko hangguk pun . Pok cik tu senyung ko ambo, bele-bele senyung dio wi sale “Assalamualaikum.” Ambo balah senyungme pok cik tu dan balah sale dio “Waalaikumussalam.” Ambo supo kere busuk senyung bele-bele angguk pulok la ambonya . Jadi pokko angguk supo mulo-mulo dio sapa tadi pulok la ambo . Hangguk bele , jawak sale bele , tutup palo paik bele . Pok cik nih bele wi sale nge senyung bele sakni bukoklah palo paik hok besi hok ambo bukok tok leh bukok tu maso mulo-mulo ambo sapa masjid . Kejuk bewok pulok ambo ko pok cik nih , Takdok napok kerut dahi ko gapo pulah supo ambo pulah sambil lewo palo paik plastic hok ambo guna wat basuh kaki ambo, Doh Pok Cik tu pulah gak mako cuuu tubek air molek-molek. Kawe mari telitas lah dipalo “Aku bukok sakni supo terik orak – orak ketut , Eh dio bukok molek-molek tubik air.” Ambo titah – titah tunduk betul kaing sarung hok selok sikit maso basuh kaki . Ambo perase pok cik sakni dio amek air Sembahyang , kawe mari telitah pulok “takdok air wuduk comey doh muko .” gie telitah pulok bele – bele nok pecak selipar tu , mari telitah “ lepah amik air semaye xtahulah guana .”

Muko napok sejuk kelih , detik dihati .

Sede molek ambo jale slow-slow mato bele duk lilah-lilah tengok takut ado hok kenal nitas kiro nok sale tanyo kobar lah, tapi takdok hok kenal, sede molek kaki ambo lakoh lebih kure tengoh masjid, Tok Bila “Iqamah” tando nok semaye doh la, fikiran ambo duk teringat ko pok cik tadi lagi, ambo mato duk kelih depe bele, jale bele sambil akat tange baca doa lepah iqamah, ambo sapa di sah depe sekali, Alhamdullillah bulih solat Isyak berjemaah duk sah depe sekali.

Selesai solat tu, Ambo mari telitas mana pok cik hok temu kat amik air sembahyang sakni , mujo nya tok wat telitas maso tengah sembahyang sakni . Selsai tok ime baca dio gapo , ambo bangung gie sale belako denge khariah lain , sale bele senyum bele , hangguk bele , hok kenal ambo ado tepuk bahu , gapo . Lesai sale tu , ambo paka tuju ko pitu utama mata ambo lilah – lilah duk perati pok cik hok jupo kat amik air sembahyang sebelum solat tadi , duk main terimgat tulo , sapa masuk tubik lah mugo alah tubik kalu ala masuk pintu masuk , ore kata pintu utamo Masjid , Meme tok napok kelibak pok cik tu , Ambo sauk selipar jale slow-slow sambil melaye fikiran hok beraso sedikit hampo sebab tok jupo ngan pok cik tu lepas maye iso , jale bele litas jale bele , sapa dumoh ambo beraso tok cekak , umi ambo tegur , “baru balik masjid ko?” Ambo paka hangguk supo pokko hangguk supo hangguk ko pok cik masjid hok jupo sebelum sembahyang tapi tok jupo lepas sembahyang , Tubuh ambo pun berasa penat telajok kalih , paka jenero ngan begitu jah . Gitulah time ambo balik umah ore tua ambo .

“Hari ni dah cecoh 15 Tahun

Gapo hok ambo cerito ko adik kakok perengge atah nuh , cerita ambo jupo pok cik tu , dan sapa arini takdok sapo kenal dio , ambo tanya habis ore , cekak wi pembaye ko khariah masjid tapi semua tok pernah jupo , Cuma hok mari mikir di pikire ambo , Nok ajar ambo , nok oyat ko ambo , Jange kita “Sangka Buruk.” Ko ore , walaupung kito kenal ore tu selamo mana pun , kenal hati budi ore tu , tahu buruk baik peranga ore tu , tok leh nok pikir kok sir ko ore , inike pulok ore hok kita tok kenal , tapi mujo ambo baik sangka ko dio tengok air muko dio ambo tahu , dale hati ambo terdetik dio ore istimewa hok tuhan atar ko ambo , untuk ambo fikir , hok mano buruk hok mano baek , mungkin pendapak adik kakok ngan ambo tok samo ngan ambo atah iktibar cerita ambo ni , sebab kito diberi pemikire yang berbezo antaro samo kito , dan sini jugok ngajar diri kito untuk tidak merendahke pengdapat ore lain walau sapo pung adik kakok pembaca , ambo doakan adik kakok dipermudahkan segalo uruse adik kakok pembaca serta dimurahkan rezeki , Ambo pun mitok adik kakok pembaco dokan benda yang samo ko ambo , Salam Ukhwah dari ambo , InsyaAllah betemu lagi kito dilain post-past ambo yang laen , ambo sajo male ni nak guna bahaso klate , sebak takdok lagi pos sebelung ni guna bahasa klate . Wallahualam.”

KHAIRUSHAHRON ANIFAR

Jumaat 6 September 2019

02:39 pg